Thursday, December 11, 2008

WAHAI SAHABATKU PEMIMPIN: SAYANGI RAKYAT...

Perasaan prihatin kepada keperitan rakyat miskin di kampung-kampung telah timbul seawal usia under-12. Pastinya ini bukan kemahuan seeorang kanak-kanak, justeru siapakah yang "menanamkan" rasa itu kalau bukan TUHAN?

Awal tahun 80-an saya diberi pendedahan awal kepada ragam politik. Kebetulan bapa saya penyokong kuat parti BERJAYA, maka terpaksalah saya dibawa ke sana kemari oleh ayah saya. Ini kerana saya tinggal berdua dengan bapa saya. Kalau saya tidak dibawa, siapa kawan saya di rumah di malam hari? (kenapa jadi begini, tidak perlulah saya cerita panjang lebar. Cukuplah kalau saya katakan - inilah akibat perceraian!...). Itulah yang mulai menyuntik kesedaaran saya tentang politik. Hairan juga saya mendengar calon-calon pandai betul bercakap dan menjanji macam-macam. Nak kasi itu ini. Dalam usia "under-12" saya tidaklah faham sangat hal itu.

Di zaman kanak-kanak itu jugalah, saya terpaksa berjalan kaki dari kg. Tngkalanon ke Kg. Mosolog untuk membantu ayah saya membuka sawah di sana. Sepanjang perjalanan itu saya melalui kampung morion, kg. batition, kg.Nolotan, Kg. Salimandut, Kg. Singgah mata , kg. Longob dan kg. Mosolog. Ketika itu, bukan macam sekarang. Payah mau tengok rumah papan. Memang daif saya tengok, macam juga kedaifan keluarga saya. Sepanjang perjalanan itulah timbul macam-macam impian untuk membantu rakyat bila berjaya kelak. Takala aku berada di perantauan (1989-1994), dari kejauhan aku masih juga "membela" nasib mereka yang miskin lewat pena karya. Cuma saja bangsaku tidak pernah tahu siapakah aku ketika itu.

Alhamdulilah, saya kini sudah berjaya dalam hidup. Tidak pun kaya raya, tapi adalah sedikit lebihan rezeki untuk mmbantu manusia, dan yang paling penting, dengan sedikit pengetahun yang ada, saya dapat kembali ke Tandek mendidik anak bangsa, memotivsikan mereka dan membangunkan bangsaku yang lena panjang. Dan syukur, apabila sesekali saya pusing keliling Tandek menggunakan kereta separa mewah saya (Kia Sportage - bukan berlagak, sekadar ingin menunjukkaan kemajuaan seorang budak kecil pejalan kaki kini naik kereta ), saya sangat gembira bila melihat kampung-kampung yang saya lalui semasa zaman kanak-kanak telah banyak berubah. Kini payah pula mau tengok rumah beratap nipah dan berdinding/lantai bambu. Ini semua berkat usaha kerajaan menaiktaraf kualiti hidup rakyat dan atas daya usaha rakyat kecil untuk merubah kehidupan mereka.

Saya tidak bercita-cita besar untuk jadi pemimpin. Saya cakap ini kerana mungkin ada yang silap faham perjuangan saya. Saya hanya ingin rakyat ini dipimpin oleh pemimpin yang berjiwa rakyat, yang kasihkan rakyat. Dan lagi bagus kalau pemimpin itu menjiwai rakyat sebagaimana saya menjiwai mereka sejak dahulu. Saya pernah katakan kepada seorang menteri bahawa "...kalaulah rakyat ini telah terbela dan mendapat seorang pemimpin yang baik, saya lebih suka menyendiri atau "bertapa". Politik (menurut definisi orang politik sekrang) bukanlah duniaku".

Rakyat, sesungguhnya aku amat mencintaimu kerana cinta itu ditanamkan olehNYA dalam kalbuku. Kalau bukan kerana cinta itu, manakan aku "membahayakan" posisiku dan untuk apa aku keluar dari "gua pertapaanku" yang tenang dan syahdu. Tuhan, utuslah pemimpin sejati kepada bangsaku ini, agar aku terlepas dari tanggungjawabku untuk memikirkan mereka. Memikirkan mereka buknlah satu pekerjaan yang ringan. Dan "beban" ini telah kupikul sudah puluhan tahun. AKU INGIN MERDEKA!!!
Kepada sang pemimpin: kasihilah rakyat sebagimana engkau mengasihi dirimu sendiri...

0 comments:

About This Blog

Jika ingin kongsikan masalah, sila sms/e-mailkan kepada:
* SMS : 019-5369378 (atau)
* E-mail : http://yomogun@yahoo.com.my (atau)
* Tinggalkan dalam ruangan komen.

SAYA AKAN BERUSAHA MENGURUS MASALAH TUAN/PUAN/SDR/I. MUNGKIN JUGA ADA PEMBACA MAMPU MEMBANTU.


Nota: Mengurus dan menyelesai ada bezanya. Saya hanya mengurus, harap-harap dapat diselesaikan masalah itu. InsyaAllah. Amin.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP