Monday, December 22, 2008

TAK PUAS HATI DENGAN PERKHIDMATAN "CELCOM BROADBAND"

Nama Pengadu: Nazri@Lebon Botong Abdullah

Aduan: Sudah empat hari tak dapat akses internet (menggunakan Celcom Broadband). Talian tak berfungsi sedangkan beliau berada di Kota Kinabalu!

Komen Editor: Benar. Ramai pelanggan menghadapi masalah yang sama. Pihak Celcom harus mempertingkatkan kuliti perkhidmatan. Jika kualiti seperti ini, eloklah kurangkan kadar bayaran perkhidmatan!

Permintaan Editor : Pembaca yang ada keupayaan bantu selesai kes ini, harap bantu. Terima kasih.

Read more...

Saturday, December 13, 2008

TAK PUAS HATI DENGAN PERKHIDMATAN ASTRO

Tarikh aduan: 13.12.2008
Pengadu: Am Chin Kong, Kota Marudu, Sabah
Aduan: tidak puas hati dengan pihak astro yang membuat pemotongan pada hari ini (12/12/2008) sedangkan telah membuat pembayaran melalui pejabat pos Kota Marudu sebanyak RM59.00 pada 15.11.2008 yang lepas. Beliau telah menghubungi pihak astro dan pihak astro telah berjanji untuk menyiasat perkara ini namun pemotongan tetap juga dibuat.
Komen editor: kemungkinan bayaran belum diterima oleh pihak astro. Siapa harus dipersalahkan? Pihak Pejabat Pos atau astro? Harap kedua belah pihak sama-sama mengkaji hal ini dan sama-sama mempertingkatkan mutu perkhidmtan demi kebaikan pengguna.

MAKLUMAT TERKINI TENTANG ADUAN:

Saya telah dihubungi melalui sms oleh pihak pengadu bahawa talian astrony telah disambung jam 8 malam tadi. Pihak Astro juga telah menghubungi beliau dan meminta maaf atas kesilapan.

Komen editor:
Memadaikah sekadar memohon maaf? Berapa orang telah menjadi mangsa "kesilapan". Berapa wang telah dihabiskan oleh semua "mangsa" untuk menelefon pihak yang berkenaan? Jika pengguna yang lambat bayar, ada -ada saja kos tambahan dikenakan sebagai denda. Tapi jika pihak syarikat yang lambat beri perkhidmatan atau melakukan kesilapan/kesalahan? - MEMADAIKAH SEKADAR MEMOHON MAAF???

Read more...

Thursday, December 11, 2008

WAHAI SAHABATKU PEMIMPIN: SAYANGI RAKYAT...

Perasaan prihatin kepada keperitan rakyat miskin di kampung-kampung telah timbul seawal usia under-12. Pastinya ini bukan kemahuan seeorang kanak-kanak, justeru siapakah yang "menanamkan" rasa itu kalau bukan TUHAN?

Awal tahun 80-an saya diberi pendedahan awal kepada ragam politik. Kebetulan bapa saya penyokong kuat parti BERJAYA, maka terpaksalah saya dibawa ke sana kemari oleh ayah saya. Ini kerana saya tinggal berdua dengan bapa saya. Kalau saya tidak dibawa, siapa kawan saya di rumah di malam hari? (kenapa jadi begini, tidak perlulah saya cerita panjang lebar. Cukuplah kalau saya katakan - inilah akibat perceraian!...). Itulah yang mulai menyuntik kesedaaran saya tentang politik. Hairan juga saya mendengar calon-calon pandai betul bercakap dan menjanji macam-macam. Nak kasi itu ini. Dalam usia "under-12" saya tidaklah faham sangat hal itu.

Di zaman kanak-kanak itu jugalah, saya terpaksa berjalan kaki dari kg. Tngkalanon ke Kg. Mosolog untuk membantu ayah saya membuka sawah di sana. Sepanjang perjalanan itu saya melalui kampung morion, kg. batition, kg.Nolotan, Kg. Salimandut, Kg. Singgah mata , kg. Longob dan kg. Mosolog. Ketika itu, bukan macam sekarang. Payah mau tengok rumah papan. Memang daif saya tengok, macam juga kedaifan keluarga saya. Sepanjang perjalanan itulah timbul macam-macam impian untuk membantu rakyat bila berjaya kelak. Takala aku berada di perantauan (1989-1994), dari kejauhan aku masih juga "membela" nasib mereka yang miskin lewat pena karya. Cuma saja bangsaku tidak pernah tahu siapakah aku ketika itu.

Alhamdulilah, saya kini sudah berjaya dalam hidup. Tidak pun kaya raya, tapi adalah sedikit lebihan rezeki untuk mmbantu manusia, dan yang paling penting, dengan sedikit pengetahun yang ada, saya dapat kembali ke Tandek mendidik anak bangsa, memotivsikan mereka dan membangunkan bangsaku yang lena panjang. Dan syukur, apabila sesekali saya pusing keliling Tandek menggunakan kereta separa mewah saya (Kia Sportage - bukan berlagak, sekadar ingin menunjukkaan kemajuaan seorang budak kecil pejalan kaki kini naik kereta ), saya sangat gembira bila melihat kampung-kampung yang saya lalui semasa zaman kanak-kanak telah banyak berubah. Kini payah pula mau tengok rumah beratap nipah dan berdinding/lantai bambu. Ini semua berkat usaha kerajaan menaiktaraf kualiti hidup rakyat dan atas daya usaha rakyat kecil untuk merubah kehidupan mereka.

Saya tidak bercita-cita besar untuk jadi pemimpin. Saya cakap ini kerana mungkin ada yang silap faham perjuangan saya. Saya hanya ingin rakyat ini dipimpin oleh pemimpin yang berjiwa rakyat, yang kasihkan rakyat. Dan lagi bagus kalau pemimpin itu menjiwai rakyat sebagaimana saya menjiwai mereka sejak dahulu. Saya pernah katakan kepada seorang menteri bahawa "...kalaulah rakyat ini telah terbela dan mendapat seorang pemimpin yang baik, saya lebih suka menyendiri atau "bertapa". Politik (menurut definisi orang politik sekrang) bukanlah duniaku".

Rakyat, sesungguhnya aku amat mencintaimu kerana cinta itu ditanamkan olehNYA dalam kalbuku. Kalau bukan kerana cinta itu, manakan aku "membahayakan" posisiku dan untuk apa aku keluar dari "gua pertapaanku" yang tenang dan syahdu. Tuhan, utuslah pemimpin sejati kepada bangsaku ini, agar aku terlepas dari tanggungjawabku untuk memikirkan mereka. Memikirkan mereka buknlah satu pekerjaan yang ringan. Dan "beban" ini telah kupikul sudah puluhan tahun. AKU INGIN MERDEKA!!!
Kepada sang pemimpin: kasihilah rakyat sebagimana engkau mengasihi dirimu sendiri...

Read more...

Saturday, December 6, 2008

ADUAN RAKYAT


(sumber gambar: blog pengadu : SUARA RASAK)


Inilh jambatan gantung Kg. suang kopoh, Tandek yang dimaksudkan oleh pengadu dalam blog ini. Memang wajarlah jambatan ini diperbaiki untuk keselamatan pengguna. Sungai rasak itu saya kenal boleh tahan juga dalamnya. Dulu memang ada buaya, tidak tahulah sekarang. Harap pembaca sebar luaskan maklumat ini. Jika YB/MP/DO membaca, harap dapat diselesaikan masalah ini. Terima kasih - Editor Suara Rakyat.

Read more...

Friday, December 5, 2008

ANTARA MASALAH RAKYAT DIBANTU NGO

(Sumber gambar: Ikhsan Sdr Nazri Botong, suaramualaf.blogspot)


Sebagai NGO, kami tidaklah punya wang untuk membantu semua orang yang ada masalah tetapi kami mampu menyalurkan masalah untuk diambil perhatian pihak berkenaan. Gambar rumah di atas adalah satu contoh rakyat miskin yang ditimpa musibah baru-baru ini. Berkat kprihatinan rakan-rakan NGO misalnya sdr Nazri Botong yang cepat memaklumkan kepada saya, rakannya, kami berjaya menghubungi pihak berkenaan dengan pantas. Hasilnya? pihak-pihak berkenaan, misalnya tuan DO segera bergegas ke kampung Salimandut, Tandek, Kota Marudu bagi melihat kejadian mangsa angin kencang.

Read more...

Thursday, December 4, 2008

ADUAN RAKYAT YANG SUDAH DIAMBIL TINDAKAN

Tarikh: 30.11.2008
Aduan: Jambatan gantung di kg. Suang Kopoh, Tandek sudah uzur dan membahayakan pengguna. Harap dapat dibaiki.
Komen bloger: Setuju. Penggunanya orang kita, kanak-kanak kita dan kadang-kadang kita/YB/DO/MP sendiri jika datang melawat di kamung tersebut. Jadi wajarlah dibaiki. Saya juga telah usulkan kepada pengadu agar Pengerusi JKKK kg. Suang Kopoh segera kemukakan permohonan pembaikan kepada pihak YB/PKR/agensi berkaitan. Selanjurnya, saya akan kemuka perkara ini kepada tuan DO/YB/MP.
Tindakan: telah dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan.


Tarikh aduan: 28.11.2008
Aduan/Komen: Ada pembaca blog berpendapat "Jalan Tandek-Longob" seharusnya dipercepatkan pembinaannya.Harapan rakyat: pihak yang berkenaan harap dapat bertindak proaktif.
Komen Bloger: Rakyat Tandek sudah lama berhak mempunyai jalan rasa berturap. Kekayaan/kayu-kayan dan sebagainya banyak yang "keluar" dari Tandek, tetapi yang "masuk" tidak seberapa. Nak kata kawasan "pembangkang", tidak juga.
Tindakan: Telah disiarkan dalam blog. Pihak yang berkenaan juga telah dimaklumkan.


Tarikh: 28.11.2008
Aduan/komen: ada pembaca sms tentang projek pembinan Dewan Serbaguna Kota Marudu yang sedang dalam pembinaan. Dikatakan Dewan tersebut tidak mencerminkan peruntukan RM4 juta. Tidak ikut spesifikasi kerja/projek.
Komen bloger: Jika aduan ini berasas dan benar, maka wajarlah pihak yang berkenaan membuat pembetulan untuk kebaikan semua.
Tindakan: Perkara ini telah diajukan kepada pihak berkenaan untuk perhatian dan tindakan sewajarnya (jika ada kebenaran).

Tarikh: 19.11.2008 (Rabu)Kampung: SalimandutKejadian: Rumah rosak akibat angin kencang
Tindakan: Sanguru telah mengubungi pihak berkenaan.
Kejayaan: Tuan Pegawai Daerah telah bergegas ke tempat kejadian untuk tindakan lanjut.Komen: Tahniah kepada tuan DO!

Nota:

Aduan tentang pusat pengumpulan getah di sebelah perumahan T&G III dan premis hiburan dalam taman T&G III juga telah selesai. Pihak Jawatankuasa Taman telah memberi penghargaan kepada pihak Pejabat Daerah, MDKM, Polis dan Hospital Kota Marudu atas tindakan proaktif membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Read more...

PANDUAN MEMBUAT ADUAN RAKYAT

Untuk mengadu, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Klik pada rungan "comment" di hujung ruangan/post ini.
2. Taip aduan anda pada ruangan yang disediakan.
3. Anda boleh gunakan nama sebenar atau samaran.

Read more...

Wednesday, December 3, 2008

SELAMAT DATANG RAKYAT YANG BERMASALAH

Setiap orang ada masalah. Macam-macam jenis masalah. Masalah perlu disalurkan ditempat yang betul dan diselesai oleh pihak yang betul. Laman blog ini diwujudkan untuk kita sama-sama berkongsi sebarang jenis masalah. Saya bukan "SUPERMAN" yang boleh bikin kerja luar biasa, tapi kena ingat, laman web ini ramai juga pembacanya. Siapa tahu masalah anda boleh diselesaikan oleh pihak kedua atau ketiga atau sebagainya. Oleh itu, jika ingin kongsikan masalah, sila sms/e-mailkan kepada:

* SMS : 019-5369378
* E-mail : http://yomogun@yahoo.com.my
* Tinggalkan dalam ruangan komen.

SAYA AKAN BERUSAHA MENGURUS MASALAH TUAN/PUAN/SDR/I.

Nota: Mengurus dan menyelesai ada bezanya. Saya hanya mengurus, harap-harap dapat diselesaikan masalah itu. InsyaAllah. Amin.

Read more...

About This Blog

Jika ingin kongsikan masalah, sila sms/e-mailkan kepada:
* SMS : 019-5369378 (atau)
* E-mail : http://yomogun@yahoo.com.my (atau)
* Tinggalkan dalam ruangan komen.

SAYA AKAN BERUSAHA MENGURUS MASALAH TUAN/PUAN/SDR/I. MUNGKIN JUGA ADA PEMBACA MAMPU MEMBANTU.


Nota: Mengurus dan menyelesai ada bezanya. Saya hanya mengurus, harap-harap dapat diselesaikan masalah itu. InsyaAllah. Amin.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP