Thursday, December 4, 2008

ADUAN RAKYAT YANG SUDAH DIAMBIL TINDAKAN

Tarikh: 30.11.2008
Aduan: Jambatan gantung di kg. Suang Kopoh, Tandek sudah uzur dan membahayakan pengguna. Harap dapat dibaiki.
Komen bloger: Setuju. Penggunanya orang kita, kanak-kanak kita dan kadang-kadang kita/YB/DO/MP sendiri jika datang melawat di kamung tersebut. Jadi wajarlah dibaiki. Saya juga telah usulkan kepada pengadu agar Pengerusi JKKK kg. Suang Kopoh segera kemukakan permohonan pembaikan kepada pihak YB/PKR/agensi berkaitan. Selanjurnya, saya akan kemuka perkara ini kepada tuan DO/YB/MP.
Tindakan: telah dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan.


Tarikh aduan: 28.11.2008
Aduan/Komen: Ada pembaca blog berpendapat "Jalan Tandek-Longob" seharusnya dipercepatkan pembinaannya.Harapan rakyat: pihak yang berkenaan harap dapat bertindak proaktif.
Komen Bloger: Rakyat Tandek sudah lama berhak mempunyai jalan rasa berturap. Kekayaan/kayu-kayan dan sebagainya banyak yang "keluar" dari Tandek, tetapi yang "masuk" tidak seberapa. Nak kata kawasan "pembangkang", tidak juga.
Tindakan: Telah disiarkan dalam blog. Pihak yang berkenaan juga telah dimaklumkan.


Tarikh: 28.11.2008
Aduan/komen: ada pembaca sms tentang projek pembinan Dewan Serbaguna Kota Marudu yang sedang dalam pembinaan. Dikatakan Dewan tersebut tidak mencerminkan peruntukan RM4 juta. Tidak ikut spesifikasi kerja/projek.
Komen bloger: Jika aduan ini berasas dan benar, maka wajarlah pihak yang berkenaan membuat pembetulan untuk kebaikan semua.
Tindakan: Perkara ini telah diajukan kepada pihak berkenaan untuk perhatian dan tindakan sewajarnya (jika ada kebenaran).

Tarikh: 19.11.2008 (Rabu)Kampung: SalimandutKejadian: Rumah rosak akibat angin kencang
Tindakan: Sanguru telah mengubungi pihak berkenaan.
Kejayaan: Tuan Pegawai Daerah telah bergegas ke tempat kejadian untuk tindakan lanjut.Komen: Tahniah kepada tuan DO!

Nota:

Aduan tentang pusat pengumpulan getah di sebelah perumahan T&G III dan premis hiburan dalam taman T&G III juga telah selesai. Pihak Jawatankuasa Taman telah memberi penghargaan kepada pihak Pejabat Daerah, MDKM, Polis dan Hospital Kota Marudu atas tindakan proaktif membantu menyelesaikan masalah tersebut.

3 comments:

Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar December 5, 2008 at 3:24 AM  

Ngam lah ni cikgu... Saya rasa ini medium dan kemudahan yang murah dan berkesan untuk kita gunakan dalam mengatasi masalah masyarakat setempat. Mintak cikgu copy paste aduan saya dalam blog saya letak dalam blog ni bleh ka?

Klik pada link:
Surau Kg. Rasak Laut Yang Uzur Dengan Jambatan gantung kg. suang kepoh yang uzur

Tq banyak2 kepada cikgu kerana perihatin kepada permasalahan masyarakat KM tanpa mengira kampung, bangsa dan agama. Saya sekarang ni berada di Labuan. Tengah melakukan Latihan Industri di Perbadanan Labuan bahagian pengurusan kewangan.

Unknown February 8, 2010 at 3:52 AM  

LIF BANGUNAN TINGKAT 10 BEREK POLIS ROSAK..?? MINTA KERJASAMA SUPAYA DAPAT DIBAIKI UNTUK KEMUDAHAN BERSAMA..

About This Blog

Jika ingin kongsikan masalah, sila sms/e-mailkan kepada:
* SMS : 019-5369378 (atau)
* E-mail : http://yomogun@yahoo.com.my (atau)
* Tinggalkan dalam ruangan komen.

SAYA AKAN BERUSAHA MENGURUS MASALAH TUAN/PUAN/SDR/I. MUNGKIN JUGA ADA PEMBACA MAMPU MEMBANTU.


Nota: Mengurus dan menyelesai ada bezanya. Saya hanya mengurus, harap-harap dapat diselesaikan masalah itu. InsyaAllah. Amin.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP