Sunday, May 17, 2009

SEGERAKAN SMK BANDAU DAN SMK TANDEK 2

Saya bukan bussinesman yang minta-minta projek. Saya sanguru yang tiap hari berhadapan dengan masalah pelajar, ibu-bapa sekaligus rakyat. Tahukah pembaca masalah utama pendidikan rakyat khususnya di N5 Tandek? Masalanya ialah: kebanjiran pelajar dari kawasan perbukitan yang memerlukan asrama sedangkan hanya SMK Tandek yang ada asrama. Kapasiti asrama SMK Tandek haanyalah 400 orang sedangkan jumlah pelajarnya kini "more than 1650" dan majoritinya tinggal di perbukitan yang sukar dihubungi. Saya terpaksa memperkenalkan sistem kuorta dan mahu tidak mahu ada pelajar yang tidak dapat tinggal asrama. Implikasinya tentu sdr/i boleh duga. Justeru, saya memohon agar pihak kerajaan segera melaksanakan pembinaan SMK Bandau dan SMK Tandek II yang tergendala. Beri peruntukan khas dan segera. Jika tidak, beberapa tahun lagi, ramai pelajar akan terjejas teruk pengajia mereka di peringkat sekolah menengah.

"HURRY UP, SIR!!!..."

Read more...

Friday, January 2, 2009

BANJIR : PERLU PENDEKATAN BIJAK

Pengadu : "mahaguru tanah runtuh", Kg. Mosolog
Aduan : Banjir paling dalam melanda kg kami.
Tarikh aduan diterima: 03/01/2009.

Komen editor: menangani masalah banjir kilat sekitar Tandek memerlukan pendekatan bijak, umpamanya, mengujudkan sistem pengairan/saliran/parit yang lebih sistematik dan berkesan. Buat jambatan merentasi sungai yang penting mengelak penduduk terperangkap. Buat siasatan dan cari alternatif terbaik.

Tindakan blogger :
1. hubungi rakan2 NGO.
2. Masuk dalam blog.
3. Inform Tuan Pegawai Daerah

Tindakan Tuan Pegawai Daerah:
Atur pemindahan mangsa banjir. SMK Tandek dipilih pusat pemindahan. Saya segera atur kemudaahan pusat pemindahan di Dewan Besar SMK Tandek.

Read more...

About This Blog

Jika ingin kongsikan masalah, sila sms/e-mailkan kepada:
* SMS : 019-5369378 (atau)
* E-mail : http://yomogun@yahoo.com.my (atau)
* Tinggalkan dalam ruangan komen.

SAYA AKAN BERUSAHA MENGURUS MASALAH TUAN/PUAN/SDR/I. MUNGKIN JUGA ADA PEMBACA MAMPU MEMBANTU.


Nota: Mengurus dan menyelesai ada bezanya. Saya hanya mengurus, harap-harap dapat diselesaikan masalah itu. InsyaAllah. Amin.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP